Tuesday, July 22, 2008

Donut

Donut

Ingredients:

A
500 gm Tepung roti (high protein)
11 gm Instant yeast (1 paket mauripan)
40 gm Butter
70 gm Castor sugar
2 gm Garam

B
320 gm Susu (carnation)
1 Telur (A)


Method:

1. Gaul rata A, masukkan B, uli sampai lembut (tak payah elastic macam uli roti). Kalau pakai mixer, speed 2 10-15 minit.

Kalau uli tangan boleh uli, rehat sekejap, uli lagi, rehat lagi sampai cantik. Tak teruk uli kalau rehatkan sekejap.

3. Rehatkan 5-10 minit.

4. Letakkan sikit tepung untuk mencanai. Tekan doh dengan tangan, tekan dengan rolling pin (satu hala sahaja). Angkat-angkatkan doh (macam sidai kain, kalau tak buat macam tu, bila pakai acu donat, dia mengecut, donat tak cantik).

5. Rehatkan lagi, kalau tak rehat masa dah canai, donat keras sebab dia tak sempat nak naik dah goring. Goreng sekejap je.. Bubuh castor sugar.


*Nina selalu goreng dalam periuk non stick yang kecil, sekali goreng 5 biji (acuan kecil). Azly n co suma suka acuan kecil, sekali ngap je, tak comot rumah. He He..

Hiaskan donut… senang sahaja, cairkan coklat masakan dalam microwave 340w (medium)– 2 minit. Celup donat dalam coklat, bubuh sprinkle. Yum yum

No comments: