Marble Shortbread memang agak remeh nak buat tapi memang berbaloi buat kalau anak-anak suka makan sebab harganya agak mahal (50 pieces = RM25.00-RM30.00). Kalau buat sendiri, boleh guna coklat yang lebih mahal dan sedap ataupun guna coklat perisa strawberi / oren yang anak-anak suka.
MARBLE SHORTBREAD
Bahan A
1 butter farmcow
170 gm brown sugar
Bahan B
2 telur putih (50gm)
Bahan C
320 gm tepung
70 gm tepung jagung
1 sudu kecil baking soda / bicarbonate soda
Bahan D
800gm choc masak
(selalu nina campur choc 500gm bake with yen dan 300gm KC)
kalau pakai choc bake with yen sahaja memang sedap tapi cepat cair.. Kalau KC dia manis, kurang rasa choc. Kalau nak sedap lagi pakaila 100% choc tulip tapi mahal la sikit
1. Pukul butter dengan brown sugar (bahan A)
2. Masukkan telur (B), pukul sebati
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda (Bahan C) sekali, masukkan sikit demi sikit. Jangan pukul lama sangat. Kalau kembang nanti bila tarik besi, dia akan pecah..
4. Terap dlm loyang yang dah di gris dan dilapikkan kertas minyak.. kertas minyak tu kecikkan sikit dari loyang sebab nanti coklat melekat kat kertas. Lepas tu semua dok pakat makan kertas coklat..

5.. Ratakan dengan penggelek tapi lapikkan dengan plastic
6. Lubangkan tepi-tepi loyang dengan penekan kuih lapis atau pakai lidi pun boleh
7. Masukkan besi, tekan sampai masuk habis.
8.Bakar 30 minit. Selalu nina kalihkan selepas 15 min. kalau garing sikit pun takpe.. Nampak macam hangit sikit tapi bila dah bubuh coklat ok..
9.Keluarkan dari oven dan sejukkan betul-betul..
10.Bila dah sejuk, keluarkan besi dari Loyang, jangan kalih-kalih Loyang tu, nanti susah nak masuk besi balik..
11.Cairkan coklat sama ada pakai double boiler atau pun microwave. Kalau pakai double boiler, kena potong kecil-kecil choc tu. Kalau masuk dalam microwave, tak yah potong kecil-kecil..
12.Microwave = 340w, 2 minit 30 saat. Tapi kalau pakai microwave, nampak dari luar macam coklat tu tak cair lagi, bila kacau dengan sudu baru tau dia dah cair kat dalam.
13.Curahkan coklat cair atas biskut, gelek-gelekkan dan hentak beberapa kali, bagi coklat turun sampai bawah, baru cantik biskut semua cover dek coklat. (kalau jual tu kan coklat dia kat atas je)
14.Cairkan coklat putih, masukkan dalam plastik kecil, potong bucu plastik dan buat line melintang.
15.Gunakan lidi, buat garis menegak dan menurun.. nak dapatkan corak. Kalau susah, buat corak marble je..
16. Masukkan balik besi terap tu.. Pastikan tekan betul-betul. Nanti biskut tu tak terpotong pulak.
16.Bila nak keluarkan besi, sejukkan dulu dalam peti ais, nina masuk freezer dlm 3 minit, cabut dgn playar.
No comments:
Post a Comment