Friday, August 28, 2009

Kurma Ayam


My kids just love ayam kurma and daging kurma.. basically the recipe is just the same! Serve with sambal belacan and omellette, yummy! If you are catering for adults, just add a little bit more ginger so it'll be spicer!

Bahan-bahan
Cuci dan rebus
1/2 ekor ayam dipotong kecil (kalau daging dalam 400 gram, hiris halus biar cepat empuk)
garam


Hiris separuh dan kisar separuh
2 bawang besar
3 bawang putih
1 inci halia

1 kulit kayu manis (saiz sederhana)
5 bunga cengkih
1 bunga lawang

Masukkan dalam bahan kisar
1 paket rempah kurma (nina pakai adabi)
sedikit air panas sekadar melarutkan rempah

1 kotak santan KARA

kicap

2 tomato dibelah 4
2-3 kentang dipotong kecil

Cara-cara
1. Rebus ayam dan garam, bila dah lama sikit baru masukkan kentang. Kalau masuk awal sangat takut kentang lembik sangat. It all depends on the size of the kentang. Kalau potong kecil, masuklah lambat sikit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis

3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis sampai garing

4. Masukkan campuran rempah, kalau terlalu kering, tambah air sikit je sekadar tak nak bagi hangit.

5. Tumis sampai pecah minyak.. Pecah minyak tu maksudnya.. nampak bubble-bubble minyak kat permukaan.. Kalau masih belum pecah minyak, tambahkan air sikit sikit.. Kalau tak pecah minyak.. kuah pun tak sedap.

6. Transfer masuk dalam rebusan ayam, ambil air rebusan dan kaut semua lebihan rempah.

7. Masukkan santan.. Kacau.. Nina selalu pakai 1 kotak santan KARA yang kecil.. jadi warnanya agak pucat. Tambah kicap sampai warna dia cantik makan lauk kurma kat kedai (he he he).. Kalau makan pun dengan kicap jugak kan?

8. Rasa dan tambah garam. Kalau mahu, masukkan 1 bawang besar yang dipotong 4 (tapi jangan potong habis)

9. masukkan tomato..

Tips:-
#1 Kat belakang resepi adabi tu memang tak payah bubuh bahan tumis.. tapi sedapke?
#2 Kalau beli ayam seekor, asingkan dada, boleh buat sandwich ayam, kalau ayam besar, boleh bahagi 3, ambil bahagian yang banyak tulang untuk buat sup ayam.
#3 Kurma sedap dimakan dengan sambal belacan dan telur dadar, ulam-ulaman.
#4 Kalau nak lebih berempah, tambahkan lagi halia.. baru terasa pedas.. tapi sebab favourite anak, nina bubuh satu inci je..

No comments: