Friday, August 28, 2009

Sup Tulang

This is my dad's favourite. My sis asked me why she used the same ingredients but didn't get the same results. Just read through the recipe, you'll it's just plain.. keep on reading.. you'll know the secret when you read the tips..

Ingredients
Bersihkan dan rebus sebelum mengupas bawang etc.
1kg daging tulang (pilihlah yang banyak isi sikit, yang fresh bewarna kemerah-merahan)
Garam
Black Pepper dan White Pepper

Kupas dan potong
4-5Kentang

Kisar
2 bawang besar
6 bwg putih
2 inci halia

Rempah 4 sekawan
10 bunga cengkih
2 bunga lawang
4 pelaga
1 kulit kayu manis (saiz sederhana)

Minyak untuk menumis

Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng (if you like)

Cara-cara
1. Bersihkan dan rebus tulang dalam periuk besar.
2. Masukkan minyak dalam kuali. Guna minyak banyak sikit pun tak apa. Takut nanti kering, cepat hangit.
3. Tumis rempah 4 sekawan, masukkan bahan kisar.. Tumis api sederhana sampai warnanya bertukar keperang-perangan.. Sebenarnya, bawang akan jadi garing dan warnanya macam dah macam nak hangit.. (jangan tunggu hangit la..).. Stir from time to time.
4. Bila dah garing dan melekat-lekat, masukkan dalam periuk daging tulang tadi, masukkan sikit air rebusan daging ke dalam kuali, dan kaut semua sisa-sisa rempah tadi.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong. Kalau nak cepat empuk, potong kecil sikit.
6. Potong sebahagian daripada daun sup dan daun bawang ke dalam rebusam. Memang setengah orang buat hiasan je.. tapi sebenarnya, bila kita rebus lama, sup bertambah sedap, jadi bila nak hidang, garnish la dengan yang fresh.
7. Rebus sampai empuk, rasa dan tambah garam, pepper, white pepper jika perlu.

Tips:
#1 Tumis ni ambil masa lama sikit, jadi nina kisar pakai mill instead of blender). Kalau nak pakai blender pun, pakai air sikit je.. Nina pernah cuba pakai api besar.. tapi memang dia cepat hangit.. bukan garing.. jadi memang tak sedap sup tu.. kuah cair je.. in other words! don't cheat the time he he..

#2 Kalau nak pakai rempah sup pun okay.. kuah akan jadi pekat.. tapi malas nak stok rempah tapi lepas tu tak pakai..

Kesilapan..

#1 tumis api besar, terlalu cepat garing dan cepat hangit
#2 minyak terlalu panas, jadi bila masukkan bawang, terus hangit.
#3 Blender pakai air banyak sangat, jadi masa menumis terlalu lama, tak sabar dan terus masukkan dalam air rebusan, jadi sup tak terasa rempah.
#4 terlupa masukkan kentang.. kuah sup jadi cair
#5 masuk daun sup bila hendak hidang. Rasa celery tu tak serap dalam kuah.

No comments: